Pemanasan Global
Marcapada ini,
bumi menjadi semakin panas. Menurut laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai
Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal menigkat daripada 1.1 darjah Selsius
kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100. Seandainya ramalan ini menjadi
kenyataan, cuaca akan menjadi semakin panas dan semua hidupan akan menderita.
Punca- punca:
I. Penebangan
pokok tanpa kawalan
Pembangunan
secara pesat pada zaman ini menyebabkan banyak hutan diterokai. Kegiatan ini
mengakibatkan fungsi hutan menyejukkan permukaan bumi luput kerana flora
melepaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida semasa fotosintesis.
II. Pencemaran
industri
Kegiatan
perkilangan akan membebaskan gas- gas yang bertoksik seperti gas sulphur
dioksida, karbon monosida dan sebagainya. Gas- gas ini akan terperap di
permukaan bumi, seterusnya menyebabkan pemanasan global.
III. Penggunaan
bahan bakar fosil secara berleluasa dan pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka juga menimbulkan kejadian jerebu berlaku, seterusnya menjejaskan kesihatan manusia.
Rujukan:
1. Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Amran Bin Idris, Ismail Bin Kosman (2014). Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2. Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd
2. Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Neelilma Rajvaidya, Dilip Kumar Markandey (2005). Environmental Pollution Control. New Delhi. A.P.H. Publishing Corporation
Neelilma Rajvaidya, Dilip Kumar Markandey (2005). Environmental Pollution Control. New Delhi. A.P.H. Publishing Corporation
3. ciktom. (2014, November 10). Punca dan Kesan Pemanasan Global. Diakses pada 15/8/15 daripada laman web http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/
4. Punca- punca dan Fakta Pemanasan Global. Diakses pada 18/8/15 daripada laman web http://www.spiritualresearchfoundation.org/ml/punca-punca-dan-fakta-pemanasan-global
Sangat menepati isu semasa
ReplyDelete