Sunday 1 March 2020

FUN BRAIN 脑趣

大家好,欢迎来到“脑趣”的平台,让我们在这里一起学习与成长。

Wednesday 2 September 2015

Langkah mengatasi Pemanasan Global

Kami mengetahui bahawa kesan yang didatangkan daripada kejadian pemanasan global amat menakutkan. Oleh itu, semua lapisan masyarakat berperanan menangani masalah ini. Kami perlu berganding bahu dan mengembleng tenaga dalam usaha mengatasi masalah ini agar dunia ini lebih sejahtera.

Langkah- langkah:

1. Amalkan amalan 3R

Amalan "3R" ialah "reuse, reduce, recycle". Amalan ini akan memaksimumkan penggunaan setiap sumber dan bahan- bahan. Hal ini akan mengurangkan penerokaan sumber- sumber alam sekitar. Sebagai contoh, hutan tidak diterokai tanpa kawalan. Kami juga boleh mengurangkan penggunaan beg plastik kerana bahan- bahan ini sukar dilupuskan, seterusnya menyebabkan pencemaran.

Gunalah beg sendiri ketika membeli- belah

2. Menguatkuasakan undangn- undang
    Kerajaan dan pihak berkuasa perlu mewujudkan akta- akta dan perundangan yang lebih ketat               dalam menangani masalah pemanasan global. Hukuman yang lebih berat juga perlu diberikan             kepada sesiapa yang melakukan pembalakan tanpa kawalan. Selain itu, tindakan juga perlu diambil     terhadap pengusaha perkilangan yang tidak menguruskan gas- gas bertoksik dengan baik.   

3. Program menanam pokok (Go Green)


Pokok bunga dapat menyerap karbon dioksida dan berfungsi menyejukkan alam persekitaran. Oleh itu, program menanam pokok perlu dilancarkan agar alam persekitaran kita lebih cantik dan ceria. 

4. Amalkan Program Perkongsian Kereta


Bahan bakar enderaan bermotor akan menyeluarkan gas- gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan bahan- bahan kimia yang lain. Gas- gas ini akan menyebabkan suhu sekitar meningkat. Selain aktiviti perkongsian kereta, masyarakat juga boleh berbasikal atau berjalan kaki bagi sampai ke sesuatu destinasi yang dekat.

Berbasikal dapat menjamin kesihatan kita

Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil kesedaran terhadap isu pemanasan global supaya kehidupan sejagat terjamin.



Rujukan:

1. 6 Cara Ampuh Mengatasi Bahaya Pemanasan Global (2014 Mei 28). diakses pada 25/8/15 daripada laman web http://silontong.com/2014/05/28/6-cara-ampuh-mengatasi-bahaya-pemanasan-global- dunia/

2. Dipetik dan diubahsuaikan daripada 
    HJ MD. LASA BIN YAHYA, HJH NORA BINTI SAHMAT (2014).  NOTA PEMBELAJARAN & LEMBARAN PRAKTIS PENGAJIAN AM STPM [PENGGAL 3]. Local Publications.

3.  Cara Mengurangi Pemanasan Global. Diakses pada 26/8/15 daripada laman web http://www.artikellingkunganhidup.com/cara-mengurangi-pemanasan-global.html




Kesan- kesan Pemanasan Global

Isu Pemanasan Global perlu dipandang serius kerana isu ini berkaitan denagn pelbagai bencana alam. Perubahan iklim yang ketara ini mendatangkan pelbagai kesan, iaitu:

1. Kenaikan suhu dunia menyebabkan ais di kutub utara dan selatan cair.


Situasi ini bukan saja menyebabkan kepupusan flora dan fauna, malah juga mengakibatkan banjir besar berlaku. Kepulauan kecil juga akan tenggelam.

2. Tekanan cuaca panas juga menjejaskan kesihatan manusia. 
    - Perubahan suhu yang tidak menentu akan menyebabkan "heatwave" di beberapa                 tempat dan penduduk kawasan tersebut terutamanya golongan tua mudah mengalami         serangan strok jantung. 

3. Kemarau juga berlaku di sesetengah negara seperti Afrika.


Keadaan sedemikian menjejaskan sektor pertanian kerana banyak tanaman tidak dapat ditanam. Oleh itu, penduduk di tempat itu mengalami kekurangan sumber makanan.




Rujukan:
1. Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Amran Bin Idris, Ismail Bin Kosman (2014). NOTA PEMBELAJARAN & LEMBARAN PRAKTIS PENGAJIAN AM STPM [PENGGAL 2]. Local Publications.

2. Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Nasir Nayan, Mohd Hairy Ibrahim, Azmi Ahmad Baharom (2009). Persekitaran Fizikal Di Malaysia: Isu dan Cabaran Semasa. Perak. Penerbit UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. ciktom. (2014, November 10). Punca dan Kesan Pemanasan Global. Diakses pada 15/8/15 daripada laman web http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/ 

4. Astronomi dan Astrofizik. Pemanasan Global. diakses pada 17/8/15 daripada laman web http://www.astronomes.com/malay/sistem-suria-dalaman/pemanasan-global/




Wednesday 26 August 2015

Punca Pemanasan Global

Pemanasan Global

            Marcapada ini, bumi menjadi semakin panas. Menurut laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal menigkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100. Seandainya ramalan ini menjadi kenyataan, cuaca akan menjadi semakin panas dan semua hidupan akan menderita.

Punca- punca:

      I.  Penebangan pokok tanpa kawalan

Pembangunan secara pesat pada zaman ini menyebabkan banyak hutan diterokai. Kegiatan ini mengakibatkan fungsi hutan menyejukkan permukaan bumi luput kerana flora melepaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida semasa fotosintesis.






    II.  Pencemaran industri

Kegiatan perkilangan akan membebaskan gas- gas yang bertoksik seperti gas sulphur dioksida, karbon monosida dan sebagainya. Gas- gas ini akan terperap di permukaan bumi, seterusnya menyebabkan pemanasan global.




   III.  Penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pembakaran terbuka


Pembakaran terbuka juga menimbulkan kejadian jerebu berlaku, seterusnya menjejaskan kesihatan manusia.



Rujukan:
1.  Dipetik dan diubahsuaikan daripada 
Amran Bin Idris, Ismail Bin Kosman (2014). Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2. Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd

2. Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Neelilma Rajvaidya, Dilip Kumar Markandey (2005). Environmental Pollution Control. New Delhi. A.P.H. Publishing Corporation

3. ciktom. (2014, November 10). Punca dan Kesan Pemanasan Global. Diakses pada 15/8/15 daripada laman web http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/ 

4. Punca- punca dan Fakta Pemanasan Global. Diakses pada 18/8/15 daripada laman web http://www.spiritualresearchfoundation.org/ml/punca-punca-dan-fakta-pemanasan-global