Wednesday 2 September 2015

Langkah mengatasi Pemanasan Global

Kami mengetahui bahawa kesan yang didatangkan daripada kejadian pemanasan global amat menakutkan. Oleh itu, semua lapisan masyarakat berperanan menangani masalah ini. Kami perlu berganding bahu dan mengembleng tenaga dalam usaha mengatasi masalah ini agar dunia ini lebih sejahtera.

Langkah- langkah:

1. Amalkan amalan 3R

Amalan "3R" ialah "reuse, reduce, recycle". Amalan ini akan memaksimumkan penggunaan setiap sumber dan bahan- bahan. Hal ini akan mengurangkan penerokaan sumber- sumber alam sekitar. Sebagai contoh, hutan tidak diterokai tanpa kawalan. Kami juga boleh mengurangkan penggunaan beg plastik kerana bahan- bahan ini sukar dilupuskan, seterusnya menyebabkan pencemaran.

Gunalah beg sendiri ketika membeli- belah

2. Menguatkuasakan undangn- undang
    Kerajaan dan pihak berkuasa perlu mewujudkan akta- akta dan perundangan yang lebih ketat               dalam menangani masalah pemanasan global. Hukuman yang lebih berat juga perlu diberikan             kepada sesiapa yang melakukan pembalakan tanpa kawalan. Selain itu, tindakan juga perlu diambil     terhadap pengusaha perkilangan yang tidak menguruskan gas- gas bertoksik dengan baik.   

3. Program menanam pokok (Go Green)


Pokok bunga dapat menyerap karbon dioksida dan berfungsi menyejukkan alam persekitaran. Oleh itu, program menanam pokok perlu dilancarkan agar alam persekitaran kita lebih cantik dan ceria. 

4. Amalkan Program Perkongsian Kereta


Bahan bakar enderaan bermotor akan menyeluarkan gas- gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan bahan- bahan kimia yang lain. Gas- gas ini akan menyebabkan suhu sekitar meningkat. Selain aktiviti perkongsian kereta, masyarakat juga boleh berbasikal atau berjalan kaki bagi sampai ke sesuatu destinasi yang dekat.

Berbasikal dapat menjamin kesihatan kita

Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil kesedaran terhadap isu pemanasan global supaya kehidupan sejagat terjamin.



Rujukan:

1. 6 Cara Ampuh Mengatasi Bahaya Pemanasan Global (2014 Mei 28). diakses pada 25/8/15 daripada laman web http://silontong.com/2014/05/28/6-cara-ampuh-mengatasi-bahaya-pemanasan-global- dunia/

2. Dipetik dan diubahsuaikan daripada 
    HJ MD. LASA BIN YAHYA, HJH NORA BINTI SAHMAT (2014).  NOTA PEMBELAJARAN & LEMBARAN PRAKTIS PENGAJIAN AM STPM [PENGGAL 3]. Local Publications.

3.  Cara Mengurangi Pemanasan Global. Diakses pada 26/8/15 daripada laman web http://www.artikellingkunganhidup.com/cara-mengurangi-pemanasan-global.html




6 comments: